Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW , manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat , sikap dan tingkah lakunya .
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya . Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji , sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa .
Hikmahnya , banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda .