Khamis, 19 Januari 2012

Senyum . .


BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah . Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan , masih lagi boleh tersenyum kepada rakan .

Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW , manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat , sikap dan tingkah lakunya .

Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya . Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji , sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa .

Hikmahnya , banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan